Pelancaran dan sambutan Harta Berdarah

Harta Berdarah dilancarkan pada Oktober 1940, sempena cuti Aidilfitri.[9] Filem itu yang kadang-kala diiklankan dengan judul bahasa Belanda sebagai Bloedgeld (Wang Tebus Darah), disifatkan sebagai "karya aksi Indonesia yang menakjubkan".[lower-alpha 2][10] Satu novelisasi yang diterbitkan oleh Kolff-Buning, yang berpangkalan di Yogyakarta, kemudiannya dilancarkan; ia termasuklah beberapa penerbitan pegun.[11]

Penerimaan terhadap filem tersebut adalah positif. Satu ulasan tanpa nama dalam De Indische Courant menyimpulkan bahawa filem itu adalah ringkas tetapi dihasilkan dengan baik, dengan dialog dan jenaka yang kuat.[9] Ulasan lain seperti di dalam Soerabaijasch Handelsblad, juga positif; ia mendapati bahawa filem itu berbeza dengan penerbitan tempatan yang sebelum ini, di mana filem-filem ketika itu menampilkan "sekumpulan orang yang bergerak secara kaku dan melontarkan suara yang sukar difahami",[lower-alpha 3] menjadikan filem Harta Berdarah sebagai filem yang boleh dinikmati oleh sesiapapun "sama ada orang Indonesia atau Eropah".[lower-alpha 4][12]

Rujukan

WikiPedia: Harta Berdarah http://www.imdb.com/title/tt1848921/ http://niod.x-cago.com/maleise_kranten/article.do?... http://filmindonesia.or.id/movie/name/nmp4b97cd87e... http://filmindonesia.or.id/movie/name/nmp4b99aad53... http://filmindonesia.or.id/movie/title/lf-b016-40-... http://filmindonesia.or.id/movie/title/lf-h013-40-... http://filmindonesia.or.id/movie/title/lf-h013-40-... http://filmindonesia.or.id/movie/title/lf-k011-40-... http://resolver.kb.nl/resolve?urn=ddd:011122212:mp... http://resolver.kb.nl/resolve?urn=ddd:011122218:mp...